Thursday 20 September 2012

Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas

0 comments

Misteri peradaban kuno, Chachapoyas ‘Masyarakat Awan’ di puncak Amazon, Peru. Kota kuno Chachapoyas iaitu sebuah kawasan milik "masyarakat awan" yang hilang sejak ratusan tahun lalu telah berhasil ditemui. Panggilan “masyarakat awan” itu mungkin dikeranakan mengacu pada pergunungan andes yang seringkali diselimuti oleh gumpalan awan. Kehidupan dan kebudayaan kota kuno yang wujud sejak abad ke-9 ini sehingga kini masih menjadi misteri dan sulit untuk dirungkaikan misterinya kerana mereka tidak banyak meninggalkan catatan mengenai peradaban masyarakat mereka.


Meskipun peradaban ini telah hilang tanpa jejak selama ratusan tahun, namun kesan peradaban kota Chachapoyas yang kini masuk ke dalam wilayah utara Peru masih dapat ditemui. Deretan patung-patung menghadap ke arah matahari terbit yang terkenal dengan panggilan “tentera awan” tetap berdiri tegak sehingga kini. Patung-patung tersebut melambangkan keperkasaan masyarakat mereka pada masa lalu.

Tapak Karija ini telah dibangunkan hampir 1 abad yang lampau. Tapak tersebut sebenarnya merupakan sebuah tapak perkuburan. Setiap patung memberikan gambaran kedudukan darjat tokoh tersebut ketika hidup. Mungkin boleh dikatakan mirip seperti tapak² perkuburan di Tanah Toraja, Sulawesi.


Patung-patung terbabit diperbuat daripada clay dan plant matt di mana di dalamnya terdapat jasad mayat (mumia) para tokoh Chachapoyas. Yang uniknya posisi patung berisi mumia tersebut sangat sukar dijangkau. Entah bagaimana masyarakat pada zaman itu membawa dan menempatkannya di sana. Kerana setakat yang diketahui sehingga artikel ini ditulis masih tidak dapat dipastikan laluan yang digunakan untuk membawa patung² tersebut ke atas sana. Wallahualam. (kajian terkini mungkin sudah tahu, wallahualam).

Kisah bagaimanakah kehidupan di Chachapoyas hampir² terus menjadi misteri kerana kedudukannya sangat terasing. Kota kuno Chachapoyas yang hilang ini telah ditemui pada tahun 2008 di hutan tebal Amazon yang sangat terasing oleh kumpulan ekspedisi arkeologi. Jaraknya sekitar 500 km ke sebelah timur laut negara Lima.


Kumpulan arkeologi terbabit telah menemui benteng-benteng daripada batu serta bangunan-bangunan yang berada di tepian jurang dan sisa-sisa tembok yang terukir dengan lukisan-lukisan yang di pahat di bebatuan. Mungkin ia dibina oleh masyarakat awan tersebut bagi melindungi diri mereka daripada musuh.

Sayangnya, tidak banyak yang diketahui tentang peradaban kota kuno Chachapoyas ini. Hanya sedikit sahaja catatan berkenaan hal ini, termasuk tentang kebudayaan mereka yang berkembang pada abad ke-9. Kenyataannya, kota kuno Chachapoyas ini berada di atas pergunungan. Mengikut sebuah teori ideologi, kota Chachapoyas ini sengaja dibina pada kedudukan yang tinggi tersebut untuk menjadi pertahanan terhadap serangan musuh.

Akan tetapi nasib mereka menjadi tidak menentu ketika Empayar Inca semakin berkembang dan berjaya pula menakluki Kota Chachapoyas sekitar 500 tahun lalu. Meskipun bangsa Chachapoyas sempat memberi tentangan keras, namun kekuatan Tentera Empayar Inca tidak dapat ditandingi. Namun ketika Sepanyol datang ke tanah mereka pada tahun 1535 maka terbitlah sedikit cahaya kebebasan daripada cengkaman Empayar Inca. Baki masyarakat Chachapoyas yang masih hidup telah berpihak pada Sepanyol untuk berperang melawan Suku Inca. Namun kemudian mereka telah diserang oleh penyakit orang eropah iaitu cacar yang seterusnya melenyapkan sebahagian besar populasi masyarakat mereka.


Penulis sejarah Cieza Pedro de León menukilkan, susuk tubuh orang-orang Chachapoyas adalah berkulit putih dan tampan, kaum wanitanya cantik menawan. Itulah antara sebabnya mengapa ramai orang lelaki daripada suku Inca ingin menjadikan wanita dari Kota Chachapoyas sebagai isteri mereka. Makam tokoh orang-orang awan ini dichullas, di sisi tebing yang dicat dengan atap runcing, khususnya yang ditemui di Revash. Namun yang paling mengasyikkan daripada peninggalan monumen² Chachapoyas adalah Kuelap iaitu sebuah benteng monumental yang berada pada ketinggian 9.500 meter di atas permukaan laut. Bangunan tersebut pada bahagian luarnya dilindungi oleh batu-batu besar.

Kulep

Di Kuelap, terdapat sekitar empat ratus bangunan yang mungkin telah dimakamkan dengan kira² 3.500 buah kubur. Bandingkan dengan bangunan milik bangsa Inca, Manchu Picchu yang terkenal itu. Kompleks ini (Kuelap) menunjukkan bahawa bangsa Chachapoyas pada 1000 tahun lalu telah mampu membina sesuatu yang luar biasa.


Siapakah yang tahu apakah lagi yang akan ditemui di pedalaman pergunungan andes di amazon ini? Sememangnya semuanya masih menjadi misteri, semisteri Kota Chachapoyas ini. Kekurangan catatan mengenai suku bangsa Chachapoyas telah melontarkan pelbagai bentuk persoalan apakah mampu untuk menguak sejarah kisah “orang-orang awan” ini.
Continue reading →

GAMBAR: Lukisan Hidup Hasil Karya Ribuan Burung

0 comments
Gambar unik hasil karya sekumpulan burung yang terbang di langit secara berkumpulan dan membentuk pelbagai pola-pola aneh. Ini terjadi setiap akhir musim gugur sampai awal musim bunga di kota Gretna Green Scotland.

Burung-burung aneh ini terbang dari Rusia atau Scandinavia menuju bandar ini. Sangat unik, indah dan menarik boleh dikatakan juga sebagai Lukisan Hidup Hasil Karya Ribuan Burung. Tetapi juga menyimpan berjuta misteri, seandainya muzik orkesta pasti ada pengendalinya tetapi ini alaminya entah mesej apa yang ingin disampaikan Sang pencipta kepada manusia ..??

Yang pasti kita seharusnya menghargai dan mencintai kehidupan dan rahmat yang diberikan Tuhan kepada manusia, apa gunanya perang jika terpaksa menghancurkan keindahan bumi, sayangi sesama makhluk hidup dan pelihara dan jagalah bumi secara bersama, damai itu mahal harganya tetapi sangat indah untuk dinikmati.











Continue reading →

Free Download Counter Strike Global Offensive 2012 Full Version ( PC )

0 comments


Counter Strike Global Offensive ( CSGO ) 2012 adalah game Counter Strike Versi Terbaru yang memiliki kualiti gambar yang sangat bagus

Berikut Spesifikasi Untuk Bermain Counter Strike Global Offensive 2012 :

MINIMUM SYSTEM REQUIREMENTS :
    • OS: Windows 7 / Vista / XP
    • Processor: 3.0 GHz P4, Dual Core 2.0 (or higher) or AMD64X2 (or higher)
    • Memory: 1GB XP / 2GB Vista
    • Hard Disk Space: At least 6 GB of Space
    • Video: Video card must be 128 MB or more and should be a DirectX 9-compatible with support for Pixel Shader 2.0b (ATI Radeon X800 or higher / NVIDIA GeForce 7600 or higher / Intel HD Graphics 2000 or higher).
    • Audio: DirectX 9.0c compatible.

    Berikut Adalah Link Untuk Download Counter Strike Global Offensive 2012 Full Version Link Mediafire
    Klik Disini 

    Link Terbaru Update 21 Jun 2012 ( 6.1 GB )
    Part 1 -- Part 2 -- Part 3 -- Part 4 -- Part 5 -- Part 6 -- Part 7

    Download VMware Workstation v8.0.1 Via Mediafire
    Part 1 -- Part 2 -- Part 3

    Link Terbaru 19 Julai 2012 ( 1.77 GB ) Via Jumbofile 
    Password : timhacker318
    Part 1 -- Part 2 -- Part 3 -- Part 4

    Continue reading →

    Perihal Sirat Mustaqim.

    1 comments
    Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

    1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
    2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
    3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
    4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
    5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
    6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
    7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
    8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
    9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
    10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
    semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

    DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM

    Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

    “Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

    Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

    Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

    “Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

    Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

    Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

    Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

    Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

    Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

    Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat 

    Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

    ~Banyakkan bersedekah

    ~Melazimkan diri hadir ke masjid

    Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :


    Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

    Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

    “Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

    *Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

    Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m/s: 146

    Continue reading →

    Free Download Counter Strike 1.6 No Steam Full Version ( PC )

    0 comments


    Counter Strike 1.6 No Steam adalah game FPS terbaru setelah Versi Cs yang sebelumnya di lancarkan iaitu Versi 1.4 dan 1.5, Counter Strike merupakan game FPS pertama yang banyak dimainkan secara online Menggunakan senjata dan karakter yang kita pilih baik Counter Terrorist ataupun Terrorist

    Berikut Spesifikasi Yang Mendukung Untuk Bermain Counter Strike 1.6 No Steam  :

    MINIMUM SYSTEM REQUIREMENTS :
    • OS – Windows XP
    • Processor – 1.8GHz or faster
    • Memory – 512 MB RAM
    • Hard Drive – 1 GB Space (16 GB required for Digital Delivery)
    • Video Card – 256MB ( minimum )
    • DirectX – Version 9.0c or higher
    • Multiplayer- 512 Kbps or faster; 2-8 Players
    • Input – Keyboard, Mouse

    Berikut Adalah Link Untuk Download Counter Strike 1.6 No Steam Full Version


    Link Terbaru 3 Julai 2012 CS 1.6 ( 360 MB ) Via RapidShare
    Part 1 -- Part 2

    Mirror Via DepositFile ( 108 MB ) - Portable
    Password : psgteam 
    Part 1 -- Part 2
    Continue reading →
    Wednesday 19 September 2012

    Free Download Sonic Generation Games Full Version ( PC )

    0 comments

    Sonic Generation merupakan game Adventure yang di produksi oleh Sonic Team Games

    Berikut Spesifikasi Untuk Bermain Sonic Generation

    MINIMUM SYSTEM REQUIREMENTS :
      • OS: Windows® XP SP 3 (32-64 bits) / Windows Vista® (32-64 bits) / Windows 7® (32-64 bits)
      • CPU: (Minimum) Intel Pentium Dual-Core T4200 2 GHz or AMD equivalent (Recommended) Intel Core i5 2.66 GHz or AMD Phenom II X4 3.0 GHz
      • Memory: (Minimum) 2 GB RAM (Windows XP) / 3 GB (Windows Vista and Windows 7) (Recommended) 3 GB for Windows ® XP, 4 GB for Vista / Windows ® 7
      • Video Memory: Minimum 512 MB Graphics Memory - NVIDIA GeForce 8800 / ATI Radeon HD 2900 (Recommended) 1 GB Graphics Memory - NVIDIA GeForce GTX 460 / ATI Radeon HD 5850
      • HDD : 11 GB of free Hard Drive Space/ Sound Card: compatible with DirectX 9.0c

      Berikut Adalah Link Untuk Download Sonic Generation Full Version ( PC )
      Link Direct ( 3.78 GB )
      Klik Disini
      Continue reading →

      Free Download Games Grand Theft Auto 4 ( GTA 4 )

      0 comments

      Grand Theft Auto 4 merupakan game Action yang diterbitkan oleh Rockstar Games yang merupakan game GTA versi terbaru dari seri Game GTA

      Berikut Spesifikasi Untuk Bermain Grand Theft Auto 4

      MINIMUM SYSTEM REQUIREMENTS :
      • OS: Windows XP SP 3/Vista/7
      • Processor: Intel Core 2 Duo 1.8Ghz, AMD Athlon X2 64 2.4Ghz 
      • Memory: 1.5GB, 
      • HDD Free Space 16GB 
      • Video Card: 256MB NVIDIA 7900 / 256MB ATI X1900

      Link Download Grand Theft Auto 4  Via Mediafire
      Password : wizyuloverz 
      Klik Disini

      Crack Grand Theft Auto 4
      Klik Disini
      Atau
      Klik Disini

      Link Terbaru 13 Juli 2012 Grand Theft Auto 4 Single Link ( 14.1 GB )
      DVD 1 -- DVD 2
      Continue reading →

      Free Download Games The Expendables 2 Full Version ( PC )

      0 comments
      The Expendables 2 merupakan game Action Arcade yang diterbitkan oleh Ubisoft, The Expendables 2 Video Games ini menceritakan empat orang expendables yaitu ( Barney, Gunner, Caesar, Yin Yang ) yang telah disewa dan diberitugas untuk menyelamatkan seorang miliarder dari China yang telah diculik.

      Berikut Spesifikasi Untuk Bermain The Expendables 2

      MINIMUM SYSTEM REQUIREMENTS :
      • OS : Windows XP(SP3)/Vista(SP2)/7(SP1)
      • Processor : Core 2 Duo 2 GHz
      • Memory : 2 GB RAM (4 GB RAM - Vista/7)
      • VGA : 896 MB (GeForce GTX 260 or better)
      • Hardisk Space : 4 GB,

      Berikut Adalah Link Untuk Download The Expendables 2 Full Version
      Link UpAfile ( 1.3 GB )
      Password : Lihat Disini

      Continue reading →

      Free Download Games Transformers: Fall of Cybertron Full Version ( PC )

      0 comments


      Transformers: Fall of Cybertron merupakan game Action yang diterbitkan oleh Activision Games yang merupakan game Transformers versi terbaru dari seri game Transformers

      MINIMUM SYSTEM REQUIREMENTS :
      • OS: Windows® XP SP 2 (32-64 bits) / Windows Vista® (32-64 bits) / Windows 7® (32-64 bits)  
      • CPU Intel Core 2 Duo 2.6 GHz or AMD Phenom X3 8750  
      • Memory: 2 GB RAM (2 GB on Windows Vista or Windows 7)  
      • Video Memory: GeForce 8800 GT series with 512 MB RAM or ATI Radeon HD 4850 with 512 MB RAM  
      • HDD: 8.4 GB of free Hard Drive Space


      Berikut Adalah Link Untuk Download Transformers: Fall of Cybertron
      Link Direct ( 7.9 GB )
      Klik Disini


      Continue reading →

      Kisah di sebalik gambar windows xp

      0 comments
      Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog. Hari ini, saya akan menceritakan tentang 1 kisah disebalik gambar skrin Windows XP. Kepada yang tak tahu macam mana gambar skrin Windows XP tuh, boleh tengok gambar dibawah:


      Gambar yang menunjukkan sebuah gambar bukit hijau dan ia dikatakan telah dirakam oleh O' Rear, salah seorang bekas jurugambar di National Geographic. Sekarang, semua mungkin tahu tentang gambar di atas yang semestinya ada di setiap Sistem Operasi Windows XP.


      Diatas ialah gambar jurugambar O' Rear dan gambar yang dibeli oleh Microsoft dan hanya digunakan pada Sistem Operasi Windows XP sahaja.

      Yang paling buat saya teruja ialah, sehingga kini, kita masih dapat lihat lokasi tersebut di Google Maps dan anda juga dapat lihatnya atas sokongan Panoramio. Jadi, anda semua boleh melihat perubahan cuaca di sana dari masa ke semasa.

      Menurut O'Rear, ketika mengambil gambar tersebut, beliau tidak terfikir untuk menjadikan gambar tersebut sebagai gambar skrin dekstop komputernya dan tidak ada sesiapa pun yang menjangkakan gambar tersebut akan digunakan sebagai gambar latar dekstop komputer.

      Beliau juga sangat kerap ke sana dan mengambil gambar disana, dan dimana tempat tersebut ialah sebuah tempat yang paling menarik dan ia menarik perhatian beliau tentang kecantikkan tempat tersebut.

      Dia kemudiannya telah menerima panggilan daripada Microsoft dan mengatakan bahawa mereka beminat untuk membeli gambar asal yang diambil oleh O'Rear tetapi harga dan struktur pembayarannya tidak didedahkan oleh beliau atas sebab-sebab tertentu.

      Namun apa yang dilaporkan oleh O'Rear, gambar itu merupakan gambar kedua paling mahal di dunia sehingga kini.



      Kepada anda yang ingin melihat lokasi ini, anda bolehlah layari Google Maps dan aktifkan Street View atau melihatnya dengan Panoramio.


      Sekian sahaja posted saya pada hari ini, semoga anda dapat menambah lagi ilmu di sini dengan berita-berita yang kami paparkan. Assalamualaikum.
      Continue reading →
      Tuesday 18 September 2012

      Jom Boikot Negara Pengeluar Filem Hina Rasul Kita

      0 comments

      Assalamualaikum WBT

      Sebagai seorang muslim mari lah kita ramai-ramai sebarkan entry ini :-


      Film 786(innocence of muslim) adalah sebuah film yg dibuat di Holland tentang lawak mengenai Nabi Muhammad SAW yang kita cintai. 60 juta masyarakat muslim dpt menghancurkan ekonomi Holland dengan waktu kurang dari 5 minit dgn cara mengirimkan pesan ini, Mudah2han kita dapat menjawab pertanyaan dari Allah SWT kepada kita, ketika Allah SWT menanyakan kepada kita nanti mengenai apa tindakan yang kita lakukan ketika Rasul yang dicintai Nya dijadikan bahan lawak? Denmark telah mengalami kerugian...




      tolong jangan biarkan pesan ini berhenti di Wall anda. Seperti yg anda ketahui, semua surat kabar Denmark memuat lawak tentang Nabi Muhammad SAW dan sampai sekarang mereka juga tidak menyesal. Jom kita buat mereka menyesal dengan perbuatan mereka...

      The Danish Ambassador, Perdana Menteri dan Denmark Nasional Channel sekarang sdg berusaha melakukan sesuatu utk menghentikan boikot yg dlakukan oleh umat muslim sejak 1 bulan lepas, dimana atas pemboikotan tersebut mereka mengalami kerugian sekitar £ 4 Miliar. 
      ika kita terus melakukan boikot terhadap produk2 Denmark dalam 7 bulan atau lebih akan mengakibatkan mereka dpt kehilangan £ 80 milyar. Percayalah, jangan stop untuk meneruskan pesan ini sebanyak mungkin kpd saudara-saudara muslim.., yakinlah anda dapat melakukannya dlm waktu 15 minit utk menyebarkan kpd saudara2 muslim lainnya....

      SECEPATNYA? INGAT RASULULLAH MUNGKIN AKAN MENANYAKAN KEPADA KAMU (MEMINTA JAWAPAN) DIHARI PEMBALASAN NANTI, APA YANG TELAH KAMU LAKUKAN KETIKA MEREKA MENJADIKANKU SEBAGAI BAHAN LAWAK? Adakah kita akan terus diam apabila Rasul tercinta yang akan memberi syafaat pada kita dipadang mahsyar nnti terus dihina? ALLAHUAKHBAR

      p/s : JOM SEMUA BLOGGER BUAT ENTRY INI
      Continue reading →
      Monday 17 September 2012

      Pelakon Dakwa Tidak Tahu Ia Filem Hina Islam

      0 comments


      California – Nakoula Basseley Nakoula yang juga dikenali sebagai Sam Bacile telah dikesan oleh FBI sebagai individu yang bertanggungjawab menghasilkan filem Innocence Of Muslims, iaitu sebuah filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.

      Nakoula merupakan penganut Kristian Koptik dari Mesir dan menetap di  California.

      Selain Nakoula yang kini hidup dalam ketakutan selepas menerbitkan filem berkenaan ialah seorang lagi pelakonnya iaitu Anna Gurji yang mendakwa diperdayakan oleh lelaki berkenaan.

      “Pada mulanya saya melakonkan watak sebagai pengantin bawah umur kepada karekter dikenali sebagai George, namun saya tidak sangka nama karakter itu ditukar kepada Muhammad.

      “Saya telah dikhianati Nakoula. Saya tidak menghina umat Islam. Saya terpaksa mengambil pil tidur dan telah menangis berhari-hari kerana merasakan diri telah ditipu oleh Nakoula,’’ kata penganut katholik itu.

      Gurji berkata, dia dan pelakon lain percaya Nakoula menghasilkan filem aksi dipanggil Desert Warrior, malah  Nakoula yang juga dipanggil ‘Sam’ tidak pernah bercakap mengenai agama sepanjang mengenalinya.



      “Filem itu mengenai komik yang jatuh ke bumi dengan menggunakan pelat Asia Barat dan dipenuhi dengan banyak kesan khas.

      “Ia merupakan filem bajet kecil dan saya mendapat $75 sehari, namun saya tidak tahu bahawa ia telah diputar belitkan menjadi filem yang menghina umat Islam ini,’’ katanya yang tidak langsung tahu bahawa Nakoula mempunyai agenda tersembunyi ketika menghasilkan filem itu.

      Filem itu mencetuskan kontroversi dan bantahan serta keganasan merebak ke negara Islam lain selain Mesir dan Libya.

      Penghasilan filem itu bagaimanapun tidak disiasat Amerika Syarikat kerana ia tidak dianggap satu jenayah di negara itu berdasarkan kepada hak kebebasan bersuara.

      Sumber : Mynewshub.My
      Continue reading →